top of page

ABOUT US

Our Mission
Geografi ialah mata pelajaran teras di peringkat sekolah menengah rendah dan menengah atas. mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran elektif di peringkat sekolah menengah atas. mata pelajaran ini bertujuan memberikan murid pengetahuan mengenai fenomena alam dan organisasi ruangan berasaskan interaksi manusia dengan alam sekitar, fizikal dana alam manusia   

 

kekangan teknologi pemetaan pada masa lalu menyebabkan proses mengutip, menyimpan, dan menggunakan data-data ruangan lazimnya rumit dan komplek. maklumat daripada data- data geografi yang lazimnya dalam bentuk peta-peta adalah sukar dihurai dan diperincikan . kaedah terkini yang digunakan adalah bersifat konventional. kaedah ini banyak menghadkan kreativiti guru dan pelajar dalam memahamkan aspek reruang dan perkaitan di antaranya. 

 

perkembangan teknologi ICT khususnya GIS telah memberi dimensi baru dalam arena pembuatan keputusan bilamana maklumat geografi bukan sahaja boleh dicapai dengan cepat tetapi juga mampu dimanipulasi selari dengan keperluan ....

//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

UITM ARAU

FAKULTI SENIBINA PERANCANGAN DAN UKUR

justeru itu aplikasi GIS IN SCHOOL merupakan satu sistem untuk menggabungkan penggunaan spatial dan non-spatial data. Contoh spatial data adalah seperti contoh peta.  Dalam subjek Geografi penggunaan peta amatlah penting. Manakala, non spatial data pula ialah seperti gambar, video dan text.

 

Aplikasi gis in school berlainan daripada sistem yang sedia ada kerana aplikasi ini menerapkan elemen-elemen GIS (Geographic information sistem/sistem maklumat geografi) unutuk bertujuan memudahkan proses pembelajaran. Sistem ini mempamerkan hasil gabungan daripada subjek geografi dengan penggunaan aplikasi GIS (Geography information system). GIS merupakan sistem pengurusan maklumat berkomputer yang mempunyai keupayaan untuk mengutip, memproses dan mengolah data-data berunsur ruangan yang banyak terdapat dalam ilmu Geografi.

 

Aplikasi ini juga menyediakan satu pendekatan antara menengah rendah dan menengah atas iaitu topik yang dipelajari oleh pelajar menengah atas secara tidak langsung dapat dipelajari oleh pelajar menengah rendah manakala topik dipelajari di menengah rendah dapat dilihat semula oleh pelajar menengah atas. Hal ini kerana, dalam aplikasi ini membezakan topik yang dipelajari oleh pelajar menengah rendah dengan pelajar menengah atas. Walaupun tajuk topik setiap geografi menengah sama, tetapi intipati yang terkandung berbeza mengikut tahap.  Secara tidak langsung, aplikasi ini dapat memudahkan pelajar  untuk mempelajari subjek geografi dengan pendekatan GIS yang disediakan walaupun berbeza tahap. 

 

bottom of page