






GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM (GIS)
GIS IN SCHOOL
BENTUK MUKA BUMI
Kerak bumi
-
Lapisan luar yang sangat pejal dan keras.Kerak bumi merujuk kepada lapisan luar planet bumi. Pemukaan sesebuah planet kebiasaannya terbentuk dari bahan yang kurang tumpat berbanding dengan lapisan yang lebih dalam.
Sial
-
Terletak di atas sima
-
Tebal antara 30 – 50 km
-
Ketumpatan 2.65 hingga 2.7 g/cm padu
-
Mengandungi silika dan aluminium batuan utama ialah grani
Sima
-
Terletak di bawah sial
-
Tebal antara 5 – 10 km
-
Ketumpatan 2.8 hingga 3.1 g/cm padu
-
Mengandungi sillika, besi dan magnesium
-
Batuan utama ialah basalt lapisan mantel
-
Lapisan kedua selepas kerak bumi
-
Meliputi 82% daripada isipadu bumi
-
Dipisahkan dari kerak bumi oleh satu lapisan ketakselanjaran Mohorovicic dan dipisahkan dari teras bumi oleh ketakselanjaran Guttenberg
-
Tebal lebih kurang 2830 km dengan ketumpatan 3.0 hingga 3.37 g/cm3
-
Lapisan atas mantel mengandungi lapisan batuan pejal dan kaya dengan basalt olivin.
-
Lapisan astenosfera terletak di bahagian atas mantel
-
Lapisan ini mengandungi batuan cair kerana suhu tinggi iaitu sehingga 1400 darjah celcius
-
Membolehkan litosfera terapung di atasnya
-
Suhu di dalam lapisan mantel adalah antara 800 hingga 1600 darjah celcius
Teras bumi
-
Merupakan lapisan bumi yang paling dalam. Dikenali sebagai barisfera. Ketebalan ialah 3470 km Suhu sangat tinggi 3000 hingga 5000 darjah celcius Kaya dengan logam seperti nikel dan besi Terdiri daripada teras luar dan dalam
Teras luar
-
Terletak antara 2900 -5150 km dari permukaan bumi
-
Ketumpatan antara 10.0 g/cm3 – 12.3 g/cm3
-
Suhu dalam lingkungan 3000 darjah celcius
-
Batuan dalam bentuk cecair
Teras dalam
-
Terletak antara 5150 – 6370 km dari permukaan bumi
-
Ketumpatan antara 13.3 g/cm3 – 13.6 g/cm3
-
Suhu dalam lingkungan 5000 darjah celcius
-
Batuan dalam bentuk pepejal
MARI MENONTON
Struktur bumi
pembentukan kerak bumi
struktur bumi dan matahari
