






GEOGRAPHIC INFORMATION SYSTEM (GIS)
GIS IN SCHOOL
APA ITU GEOGRAFI?
Geografi adalah kajian tentang organisasi ruangan sebagai hasil daripada pelbagai saling kaitan dan interaksi antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar serta antara unsur-unsur alam.
Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai contoh penggunaan internet, laman web, e-mail, CD-Rom dan sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah digalakkan.
Dalam E-Geografi ini, pembelajaran boleh dilakukan secara ‘synchronously’
(pada waktu yang sama) ataupun ‘asynchronously’ (pada waktu yang berbeza). Bahan pembelajaran yang disampaikan melalui media ini mempunyai teks,
grafik, animalsi, simulasi, audio dan video. Sehubungan dengan itu, cara pembelajaran elektronik ini atau lebih dikenali sebagai E-Geografi boleh dikatakan merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang mengaplikasikan infostruktur ICT bagi penyebaran pengetahuan dan perlaksanaan pembelajaran kolaboratif.


APA ITU GIS?
GIS adalah satu sistem komputer yang berkeupayaan menerima, menyimpan, mengeluarkan, menganalisis serta memaparkan kembali data reruang. Ini bermakna GIS adalah satu sistem perkomputeran di mana ia ada kompenan-kompenan untuk menyokong sistem ini. kompenan-kompenan GIS ini adalah terdiri daripada 5 perkara iaitu personel, perisian, perkakasan dan data kaedah.

