top of page

SUPPORT US

////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

MARI BELAJAR GEOGRAFI 

//////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////////

CUACA DAN IKLIM DI MALAYSIA

 

Malaysia mengalami iklim jenis Khatulistiwa. Iklim Khatulistiwa bersifat panas dan lembap sepanjang tahun. Malaysia mencatatkan suhu yang tinggi dan setara (hampir sama) sepanjang tahun. Min suhu tahunan ialah di antara 26oC hingga 27oC. Kawasan tanah tinggi, seperti Cameron Highland, mengalami suhu yang lebih rendah, iaitu kira-kira 18oC. Malaysia menerima hujan lebat, iaitu kira-kira 2000 mm - 3000 mm setahun.

 

Ciri-ciri Iklim Di Malaysia
Ciri-ciri iklim negara Malaysia dapat dikenal pasti dari segi:

  • Suhu

  • Hujan

  • Angin

  • Kelembapan Bandingan Udara

 

SUHU Malaysia mengalami suhu yang tinggi dan setara sepanjang tahun. Min suhu tahunannya adalah kira-kira 260C hingga 270C.Min suhu tahunan di kawasan tanah pamah adalah kira-kira 270C, manakala di kawasan tanah tinggi, min suhu lebih rendah. Julat (perbezaan suhu tertinggi dengan suhu terendah) suhu tahunan adalah pula kira-kira 180C. Bagaimanapun, julat suhu harian adalah tinggi, iaitu kira-kira 70C. Malaysia mengalami julat suhu tahunan yang kecil kerana:

 

  • Suhu agak sekata sepanjang tahun

  • Menerima pancaran matahari sepanjang tahun

  • Kelembapan bandingan udara tinggi (kira-kira 85%)

  • Langit diliputi oleh awan yang tebal

  • Litupan hutan yang tebal dan luas

  • Sifat kepulauannya iaitu dikelilingi oleh laut. 

 

HUJAN Malaysia menerima hujan lebat sepanjang tahun, kira-kira 2030 mm. Taburan hujan di Malaysia tidak sekata dari sebulan ke sebulan dan dari satu tempat ke tempat yang lain kerana faktor-faktor seperti

 

  • Tiupan angin

  • Litupan awan

  • Bentuk muka bumi.

  •  

Malaysia tidak mengalami musim kemarau yang nyata tetapi terdapat masa kemarau yang singkat di beberapa buah kawasan. Namun begitu, kemarau tidak berlaku setiap tahun di tempat yang sama.Jumlah hujan tahunan1. Melebihi 3500 mm-Kaki bukit Kelantan dan Terengganu-Bukit Larut di Perak-Gunung Jerai di Kedah-Gunung Batu Putih di Banjaran Titiwangsa2.3000-3500 mm-Pantai Timur Semenanjung Malaysia-Pantai Utara Sabah-Bahagian Tengah Sarawak3.2500-3000 mm-Pedalaman Pantai Timur Semenanjung Malaysia-Bahagian Selatan Semenanjung Malaysia-Kaki Bukit Banjaran Titiwangsa-Pantai Barat dan Tengah Sabah4.2000-2500 mm-Pantai Barat Semenanjung Malaysia-Kawasan Pedalaman Semenanjung Malaysia-Kawasan Pedalaman Sabah5.Kurang 2000 mm-Daerah Jelebu dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan-Kawasan pantai antara Kuala Selangor dengan Lumut

Kebanyakan hujan turun dalam bentuk hujan bukit dan hujan perolakan. Taburan hujan di Malaysia dipengaruhi oleh angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Selain itu, Angin Sumatera bertiup pada masa yang sama dengan angin monsun barat daya.

TIUPAN ANGIN

Malaysia mengalami dua jenis tiupan angin yang utama iaitu:

 

  • Angin Monsun Timur Laut

  • Angin Monsun Barat Daya

Malaysia juga mengalami tiupan angin Sumatera yang bertiup dari Pulau Sumatera. Angin ini melanda kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia terutamanya dikawasan-kawasan antara Pelabuhan Klang dan Johor Bharu.

 

Kawasan pinggir pantai Malaysia juga mengalami dua jenis angin tempatan iaitu bayu laut dan bayu darat.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

bayu laut

 

Berlaku pada waktu siang kerana pada waktu siang daratan lebih panas cepat menjadi panas berbanding dengan lautan.

 

Suhu udara di permukaan daratan lebih tinggi daripada suhu di permukaan lautan.

 

Daratan mengalami tekanan udara rendah manakala lautan mengalami tekanan udara tinggi.

 

Udara bergerak dari lautan yang bertekanan tinggi ke daratan yang bertekanan rendah sebagai bayu laut.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

bayu darat

 

Berlaku pada waktu malam kerana pada waktu malam daratan lebih cepat menjadi sejuk berbanding dengan lautan.

 

Suhu udara di permukaan daratan lebih rendah daripada suhu di permukaan lautan.

 

Daratan mengalami tekanan udara tinggi manakala lautan mengalami tekanan udara rendah.

 

Udara bergerak dari daratan yang bertekanan tinggi ke lautan yang bertekanan rendah sebagai bayu darat

BENTUK MUKA BUMI

BENTUK MUKA BUMI DI MALAYSIA

 

Negara kita terdiri daripada kawasan tanah tinggi, tanah pamah, saliran dan pinggir laut

 

 

Merupakan banjaran gunung yang tinggi dan agak

selari

• Terbentuk daripada hasil proses lipatan kerak bumi

• Terdiri daripada batu granit dan batu kapur

• Terletak di kawasan yang stabil dan bebas daripada

kegiatan gunung berapi serta gempa bumi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

•Tanah Pamah : merujuk kepada kawasan yang rendah dan

rata

•Kawasan tanah pamah merupakan kawasan tumpuan

penduduk, bandar, jaringan jalan raya dan landasan keretapi

dan pelbagai kegiatan ekonomi.

•Kepentingan tanah pamah di Malaysia adalah untuk tujuan:-

 Tapak bandar dan kawasan perindustrian

 Perlombongan bijih timah (lembah Kinta & Lembah

Klang)

Kawasan pertanian (Dataran Kedah, D. Kelantan,

Delta Terengganu) yang mana beraluvium, sesuai untuk penanaman padi

 Kawasan berlaun dan kawasan kaki bukit yang

mana sesuai untuk penanaman getah dan kelapa

sawit.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

• Semua negeri di Malaysia mempunyai pinggir laut, kecuali

Wilayah Persekutuan K.L. dan Putrajaya

• Laut di sekeliling Malaysia adalah cetek kerana terletak di

atas pentas benua yang dikenali sebagai pentas Sunda

• Pulau merupakan daratan yang dikelilingi oleh laut

• Pulau-pulau seperti Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, dan

Pulau Redang penting untuk kegiatan perikanan dan

pelancongan.

• Ciri fizikal yang terbentuk akibat hakisan ombak ialah

- tebing tinggi

-Teluk

-Tanjung

-Gua

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

• Sungai menerima banyak hujan sepanjang tahun

• Sungai-sungai di Malaysia adalah pendek dan beraliran

deras di bahagian hulu dan berliku-liku di bahagian

hilirnya

• Sungai Rajang adalah sungai yang terpanjang di Malaysia

manakala sungai Pahang adalah sungai yang terpanjang di

Semenanjung Malaysia

• Contoh tasik semula jadi di Malaysia :

-Tasik Bera

-Tasik Chini

• Tasik buatan manusia adalah seperti :-

-Tasik Chenderoh

-Tasik Temengor

-Tasik Kenyir

 

.

A) TANAH TINGGI
B) TANAH PAMAH
C) PINGGIR PANTAI
D) SALIRAN

 

Setiap pelajar yang belajar mata pelajaran Geografi tentunya telah mempelajari tentang tumbuh-tumbuhan semula jadi. Mungkin sekadar kenal satu mahupun tiga jenis iaitu hutan hujan tropika, hutan monsun tropika dan hutan gunung. Sebenarnya masih banyak lagi jenis tumbuhan semula jadi yang belum diketahui sepenuhnya oleh sebahagian daripada kita.


Jenis tumbuhan semulajadi dibahagikan mengikut jenis iklim kerana faktor utama pertumbuhan pokok-pokok adalah bergantung kepada iklim (suhu, hujan). Sekiranya kita berada di zon iklim panas, maka sudah tentu kita tidak dapat mengenali daun maple, lavender ataupun baobab. Begitu juga apabila kita dibesarkan di kawasan gurun, maka kita tidak mengenali pokok cengal, jati ataupun merbau.


Taburan Tumbuhan Semulajadi Dunia:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Lantai hutan yang jarang - terdapat pokok renek, tumbuhan herba, saprofit (kulat, cendawan), lumut dan juga akar banir. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bunga Pakma @ Rafflesia - bunga terbesar di hutan hujan tropika

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tumbuhan epifit terbesar di hutan hujan tropika - orkid harimau @ Bunga Puteri @ Grammatophyllum Speciosum

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

lapisan-lapisan hutan hujan tropika 

Hidupan liar - kelawar, burung, monyet, tupai, musang, seladang, harimau, kancil 

Flora dan fauna

TUMBUHAN SEMULAJADI
KESAN PERUBAHAN PENDUDUK TERHADAP ALAM SEKITAR

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Penerokaan Sumber Tanih

1.            Pada umumnya, apabila penduduk sesebuah Negara bertambah, keperluan terhadap makanan bertambah.

2.            Oleh itu, penerokaan sumber tanih perlu dipertingkatkan.

3.            Di Negara Malaysia, tanih diterokai khususnya untuk dijadikan kawasan pertanian bagi menampung keperluan makanan penduduk.

4.            Kawasan pertanian diperluas melalui penerokaan kawasan tanah pamah, lembah, delta dan dataran.

5.            Kawasan tanih alluvium banyak terdapat di kawasan dataran dan delta sungai.

6.            Tanih yang subur ini sesuai ditanami padi. Contohnya, Dataran Kedah, Dataran Perlis, Dataran Kelantan dan Dataran Terengganu.

7.            Padi ditanam secara giat untuk menampung keperluan makanan bagi penduduk yang semakin bertambah.

8.            Tanah laterit pula sesuai untuk tanaman komersial seperti getah, kelapa sawit dan koko.

9.            Permintaan yang tinggi oleh kilang-kilang terhadap hasil pertanian ini menyebabkan banyak kawasan tanah laterit di pedalaman diterokai                   dengan giatnya.                                

10.          Peningkatan permintaan terhadap pelbagai barangan keperluan turut menyebabkan penerokaan sumber tanih lebih giat dijalankan.

11.          Pasir penting dalam industri pembuatan kaca manakala lempung digunakan untuk membuat barang-barang tembikar dan pasu.

12.          Kegiatan perlombongan untuk mendapatkan mineral seperti bijih timah dan bijih besi juga giat dijalankan.

13.          Pertambahan penduduk turut mendatangkan kesan negative terhadap penerokaan sumber tanih.

14.          Penduduk yang ramai menyebabkan tanih diusahakan secara giat untuk mengeluarkan hasil tanaman bagi memenuhi keperluan penduduk.

15.          Di Negara kita, penanaman padi secara berterusan tanpa rehat dapat menyebabkan masalah tanih menjadi tidak subur.

16.          Kandungan bahan mineral dan organic dalam tanah akan berkurang.

17.          Penanaman padi secara giat juga menyebabkan petani lazimnya membakar jerami padi untuk dijadikan baja organic sebelum padi ditanam                   semula pada musim akan datang.

18.          Kaedah ini biasanya dilakukan kerana kosnya yang lebih murah dan mudah dilakukan.

19.          Pembebasan gas metana akibat reputan bahan organic tersebut hanya akan merendahkann suhu bumi.

20.          Petani di Negara Malaysia juga menggunakan teknik moden seperti benih bermutu tinggi, baja kimia dan racun serangga untuk                                      meningkatkan hasil tanaman.

21.          Penggunaan bahan kimia dan racun serangga secara berlebihan dan tidak terkawal akan membawa kesan negative.

 

 

kesan perubahan penduduk terhadap penerokaan sumber hutan

1.            Penerokaan sumber hutan mendatangkan pendapatan yang lumayan hasil daripada eksport kayu balak.

2.            Di Negara Malaysia terdapat hutan hujan tropika yang luas.

3.            Hutan ini kaya dengan pokok kayu keras yang bernilai tinggi seperti meranti, cengal, merbau dan berlian.

4.            Hasil balak ini digunakan dalam industri perabot dan sebahagiannya pula dieksport.

5.            Kawasan hutan yang ditebang dan dibersihkan dijadikan kawasan perumahan, pejabat, jaringan pengangkutan dan pusat rekreasi.

6.            Langkah ini tentunya dapat memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah.

7.            Terdapat juga kawasan hutan yang dibersihkan untuk tujuan pertanian dan penternakan.

8.            Walau bagaimanapun, jika tidak dirancang dengan baik, penebangan hutan secara berlebihan akan mendatangkan kesan buruk.

9.            Flora dan fauna mungkin akan pupus.

10.          Penebagan hutan secara berebihan juga mendedahkan lapisan atas tanih pada hakisan air larian permukaan.

11.          Sebahagian air hujan akan meresap ke dalam tanih dan melarutkan mineral di dalamnya.

12.          Tanih akan hilang kesuburannya lalu menjadi tandus.

13.          Tanih yang terhakis dibawa oleh air larian ke sungai berhampiran dan mencemarkannya.

14.          Bahan terhakis ini akan dimendapkan ke dasar sungai menyebabkan sungai menjadi cetek.

15.          Apabila hujan lebat, banjir akan berlaku kerana isipadu sungai bertambah dan melimpahi kawasan sekitarnya.

16.          Penebangan hutan secara tidak terancang menyebabkan kemusnahan sumber hutan.

17.          Bekalan kayu balak pada masa depan akan terjejas kerana pokok yang ditebang mengambil masa yang lama untuk digantikan.

18.          Peningkatan permintaan terhadap tenaga elektrik menyebabkan lebih banyak kawasan hutan diteroka untuk membina empangan                                hidroelektrik.

19.          Kawasan hutan yang luas akan musnah dan ditenggelami air.

Kesan Perubahan Penduduk Terhadap Sumber Air

1.            Pertambahan penduduk menyebabkan keperluan bekalan sumber air meningkat.

2.            Sumber air penting untuk kegunaan domestic, pertanian dan perkilangan.

3.            Empangan dibina merentasi sungai untuk memperoleh air bagi mengairi kawasan tanaman, menjana kuasa hidroelektrik, memperoleh                  bekalan air domestic dan mengawal banjir.

4.            Empangan Muda menyediakan kemudahan pengairan kepada petani di kawasan penanaman padi, iaitu sekitar Sungai Muda, Kedah.

5.            Kemudahan pengairan meningkatkan pengeluaran hasil padi.

6.            Peningkatan permintaan terhadap tenaga elektrik menyebabkan banyak empangan dibina.

7.            Sumber tenaga ini tidak kehabisan dan dapat diguna semula dan pencemaran udara tidak berlaku akibat pengeluarannya.

8.            Tasik yang terbentuk akibat pembinaan empangan dimajukan untuk kegiatan eko-pelancongan dan perikanan. Contohnya, Tasik                            Kenyir.

9.            Empangan Klang Gate membekalkan bekalan air domestic kepada penduduk dan kilang di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

10.          Pembinaan empangan menyebabkan kawasan hutan atau tanah yang lain ditenggelami air.

11.          Pemusnahan hutan ini menyebabkan kehilangan sumber kayu balak yang berharga dan mengancamkan kawasan tadahan air.

12.          Hidupan liar seperti gajah di hutan kehilangan habitat.

13.          Petempatan orang asli yang ada juga dipindahkan ke kawasan penempatan semula.

14.          Pencemaran sungai berlaku akibat pembuangan sisa dari rumah dan kilang.

 

TABURAN PENDUDUK

1.            Jumlah penduduk Negara Malaysia kira-kira 23 juta orang.

2.            79.7% tinggal di Semenanjung Malaysia, 11.4% di Sabah dan 8.9% diSarawak.

3.            Taburan penduduk di Malaysia dibahagikan kepada berpendudukan padat, berpenduduk sederhana dan berpenduduk jarang.

 

Kawasan Berpenduduk Padat

1.            Kawasan berpenduduk padat di Malaysia adalah kawasan yang mempunyai lebih daripada 200 orang sekilometer persegi.

2.            Kawasan ini terdapat di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysiaterutama di Bandar-bandar besar, dataran dan delta sungai.

3.            Kawasan ini menyediakan pelbagai kemudahan awam dan perkhidmatan. Contoh- hospital, institut pengajian tinggi

4.            Contoh kawasan- Lembah Klang, Lembah Kinta, Pulau Pinang, Seberang Perai, Dataran Kedah-Perlis, Seremban, Melaka(Semenanjung Malaysia).

5.            Kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, kawasan tumpuan penduduk di dataran dan delta subur spt Dataran Kelantan, Dataran Terengganu.

6.            Di Sarawak, tumpuan penduduk di sekitar Kuching, Sarikei dan Sibu.

7.            Di Sabah, pendudk bertumpu di sekitar Kota Kinabalu.

 

Kawasan Berpenduduk Sederhana

1.            Kawasan berpenduduk sederhana mempunyai 50 hingga 200 orang sekilometer persegi.

2.            Contoh- kawasan kaki bukit atau luar Bandar.

3.            Kemudahan awan, infrasturktur dan perkhidmatan disediakan di kawasan ini.

4.            Jenis taburan penduduk ini juga terdapat di kawasan pertanian, perikanan dan pekan-pekan kecil.

5.            Contoh kawasan:

a)      Beberapa bahagian dataran pantai barat spt Kulim, Jitra, Teluk Intan, Sepang, Port Dickson, Jasin, Muar.

b)      Bachok, Kelantan, Marang dan Kuala Berang di Terengganu dan Jerantut serta Sungai Pahang di Pahang di SemenanjungMalaysia.

c)      Lembah Sungai Rajang, Lembah Sungai Baram, Sibu, Bintulu, Miri, Samarahan, Sri Aman, dan Liambang di Sarawak.

d)      Lembah Sungai Kinabatangan, Sandakan, Lahad Datu, Tawau, Semporna, Tuaran dan Keningau di Sabah.

e)      Kawasan rancangan kemajuan tanah spt Jengka Tiga Segi, Pahang Tanggara, Johor Tenggara, Kelantan Selatan.

 

Kawasan Berpenduduk Jarang

1.            Kawasan berpenduduk jarang mempunyai kurang daripada 50 orang sekilometer persegi.

2.            Contoh- kawasan pedalaman, kawasan tanah tinggi yg berhutan tebal spt kawasan di pedalaman Sabah dan Sarawak.

3.            Kawasan berpaya juga berpendudk jarang spt di Tasik Chini dan Tasik Bera, Pahang.

 

 

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABURAN PENDUDUK

 

Bentuk Muka Bumi

 

1.            Penduduk bertumpu di kawasan tanah pamah, pinggir pantai, dataran, dan lembah sungai.

2.            Semenanjung Malaysia- penduduk bertumpu di jaluran tanah pamah dari Perlis ke Taiping, Lembah Kinta ke Teluk Intan, Kuala Kubu ke Lembah Klang hingga Seremban, Melaka ke Batu Pahat, sekitar Johor Bahru, sekitar Kuantan, dataran Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

3.            Sarawak- penduduk bertumpu di sekitar Kuching, Sarikei, dan Sibu.Sabah- penduduk bertumpu di sekitar di Kota Kinabalu.

4.            kawasan tanah pamah memudahkan pembinaan kawasan petempatan, pembinaan jaringan perhubungan dan pengangkutan.

5.            kawasan lembangan dan lembah sungai menjadi tumpuan kerana tanih aluviumnya subur.

6.            penanaman padi dijalankan di kawasan seperti ini.

Contoh- Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan

7.            Pedalaman Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak berpenduduk jarang krn banyak gunung-ganang dan hutan tebal.

8.            keadaan bentk bumi spt itu menyukarkan pembinaan petempatan dan kos pembinaan adlh tinggi.

9.            namun, terdapat kawasan tanah tinggi yang mempunyai kepadatan peduduk spt di Kundasang, Sabah dan Tanah Tinggi Cameron, Pahang krn udaranya nyaman dan pemandangan yang indah menarik pelancong.

 

Kegiatan Sosio-ekonomi

 

1.            perkembangan sector ekonomi serta pelbagai kemudahan yg disediakan di sesuatu kawasan mempengaruhi taburan penduduk.

2.            penduduk akn bertumpu di kawasan yg menyediakan peluang pekerjaan dan kemudahan yg memberikan keselesaan hidup.

3.            Contoh- kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis, Dataran Kelantan, Tanjung Karang.

4.            Kawasan penanaman getah dan kelapa sawit di sekitar Teluk Intan, Layang-layang dan Tawau.

5.            Kawasan perindustrian di Shah Alam, Petaling Jaya, Prai, Bayan Lepas, Likas, Pasir Gudang, Paka dan Bintulu.

6.            Pusat perniagaan, kewangan dan perdagangan spt di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

 

Sumber Mineral

1.            Kawasan yang mempunyai sumber mineral spt bijih timah, petroleum dan gas asli telah menggalakkan tumpuan penduduk kerana terdapat pelbagai peluan pekerjaan.

2.            Kawasan ini semakin membangun dan dilengkapi dgn kemudahan asas infrastruktur dan perkhidmatan.

3.            Kawasan Lembah Klang dan Lembah Kinta berkembang pesat drpd hasil perlombongan bijih timah.

4.            Contoh kawasan yg berkembang pesat hasil perlombongan bijih timah ialah Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping dan Seremban.

5.            Kuala Lumpur- mempunyai penduduk paling padat di Malaysia.

6.            Perlombongan gas asli dan petroleum di luar pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan tumpuan penduduk di Miri, Kertih, Lutong dan Bintulu.

 

 

 

 

 

bottom of page